Franklin W. Dixon
Franklin W. Dixon ialah nama pena yang dipergunakan oleh berbagai-bagai penulis yang berbeza yang menulis siri novel Budak-budak Lelaki Hardy untuk syarikat penerbitan Sindiket Stratemeyer. Nama samaran ini juga dipergunakan untuk siri Cerita-cerita Penerbangan Ted Scott.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Edward L. Stratemeyer (1862 - 1930) ialah pencipta nama samaran "Franklin W. Dixon" untuk siri-siri novel Budak-budak lelaki Hardy, dan Cerita-cerita Penerbangan Ted Scott.
Stratemeyer juga adalah tokoh di belakang sebilangan jalan cerita yang dikembangkan semata-mata untuk syarikat penerbitan miliknya. Walaupun Stratemeyer mempunyai banyak idea, beliau tidak mempunyai kemahiran atau masa untuk menulis semua bukunya. Oleh itu, penulis-penulis digajikan untuk menulis, berdasarkan jalan-jalan ceritanya melalui kontrak-kontrak yang tidak membenarkan mereka mendedahkan peranan masing-masing dalam penulisan itu. Sebaliknya, nama pena Franklin W. Dixon dipergunakan untuk semua penulis dalam siri ini.
Menjelang waktu kematiannya pada tahun 1930, Stratemeyer telah membekalkan jalan-jalan cerita untuk sembilan buah buku yang pertama dalam siri Budak-budak lelaki Hardy. Anak-anak perempuannya, Edna Squier dan Harriet Adams, mengambil alih syarikatnya dan meneruskan penghasilan jalan-jalan cerita untuk siri itu. 58 judul yang pertama dalam siri tersebut diterbitkan oleh syarikat Stratemeyer sehingga tahun 1979 apabila hak ciptanya dijual kepada Simon dan Schuster. Karya-karya yang pertama ini telah dianggap oleh sesetengah peminat sebagai merupakan 'daftar karya' siri Budak-budak lelaki Hardy yang benar.
Daftar penulis
[sunting | sunting sumber]Yang berikut ialah penulis-penulis benar yang menulis di bawah nama pena Franklin W. Dixon untuk siri Budak-budak lelaki Hardy yang berjumlah 85 judul sehingga tahun 1985:
Penulis dua jilid atau lebih
[sunting | sunting sumber]- Leslie McFarlane (1902 - 1977): Jilid 1-11, 15-16, dan 22-24
- John Button: Jilid 17-21
- Harriet Adams (1892-1982): Jilid 25, 43, dan 46
- Andrew Svenson (1910-1975): Jilid 28-30, 39, 45, 48, 50, dan 52-54
- William Dougherty: Jilid 31, dan 33
- John Almquist (lahir 1913): Jilid 35-36
- James Duncan Lawrence (lahir 1918): Jilid 37-38, 58-60, 62, 67, dan 74
- James Buechler (lahir 1942?): Jilid 40-41
- Vincent Buranelli (lahir 1919): Jilid 49, 51, 55-57, 61, 63-65, 71, 75, dan 77
- Karl Harr III (lahir 1952): Jilid 70, 72, 78, dan 80
- Laurence Swinburne (lahir 1924): Jilid 69, 73, dan 76
Penulis satu jilid
[sunting | sunting sumber]- Amy McFarlane: Jilid 26
- Geo. Waller, Jr.: Jilid 27
- Richard Cohen: Jilid 32
- Charles Stanley Strong (1906-1962): Jilid 34
- Alistair Hunter: Jilid 42
- David Grambs: Jilid 44
- Jerrold Mundis: Jilid 47
- Richard Denning: Jilid 66
- Conrad Fuchs: Jilid 68
- Neil Barrett, Jr.: Jilid 83
- Pengarang tidak diketahui: Jilid 12-14, 79, 81-82, dan 84-85